TELUPID: 'Guru umpama lilin membakar diri menerangi orang lain,' kata-kata yang amat cocok bagi mencerminkan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, George Odol, yang berkorban demi memberikan pendidikan untuk anak muridnya di kawasan pedalaman, di sini.
Masakan tidak, George sanggup tinggal di sebuah stor sekolah sejak dipindahkan ke sekolah tersebut lebih tiga tahun lalu pada pada Jun 2020, namun, beliau tidak pernah kesal ke kawasan pedalaman walaupun berdepan pelbagai kesukaran, kerana mahu memberikan pendidikan terbaik untuk anak bangsanya.
George, yang akan bersara wajib pada 27 Nov ini berkata, beliau tinggal di stor berkeluasan 2.74 meter lebar dan 4.87 meter panjang, disebabkan sekolah itu dibina tanpa ada kemudahan rumah guru walaupun berada jauh di pedalaman.
"Saya juga terpaksa berkongsi dapur dan kamar mandi untuk kelas pra-sekolah. Agak sedih juga lah seorang guru besar tinggal di rumah begini sahaja, sudah tiga tahun lebih. Apa boleh buat kami guru-guru terpaksa korbankan keselesaan datang ke sekolah pedalaman untuk anak (murid) kami," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perkongsian platform media sosial Tik Tok yang ditonton lebih 68,000 penonton sehingga berita ini ditulis dan perkongsian itu kini tular terutama dalam kalangan warganet di https://www.tiktok.com/@mr.george_odol/video/7301702844569128193
Telupid merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah dan SK Ulu Ansuan itu terletak kira-kira 230 kilometer dari Kota Kinabalu, dengan perjalanan antara lain menelusuri kaki Gunung Kinabalu serta jalan raya yang kurang baik dan jalan tanah merah.
Menceritakan tentang sekolah itu, George berkata, SK Ulu Ansuan mula dibina pada 1999 dan siap pada sekitar 2000 tanpa rumah guru, malah guru yang mula-mula dihantar ke sekolah ini tinggal di rumah orang kampung dan selepas itu kelas yang telah diubah suai.
"Enam tahun selepas itu PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) membina dua rumah untuk guru tinggal, tetapi ala kadar sahaja. Penghujung perkhidmatan saya, telah diluluskan pembinaan rumah panjang tujuh pintu untuk guru tetapi saya utamakan guru luar Telupid, tidak apa saya tinggal dalam stor ini," katanya.
Beliau yang daripada etnik Kadazandusun berkata, kebanyakkan murid di kawasan pedalaman itu dari etnik yang sama, justeru ia memberikan semangat untuk dirinya meneruskan usaha mendidik anak bangsanya sendiri.
"Jika bukan kami guru (etnik) Kadazandusun datang ke sini untuk mendidik anak-anak ini di sekolah pedalaman, siapa lagi yang diharapkan. Inilah pengorbanan kami guru bertugas di kawasan pedalaman Sabah," katanya yang menambah tidak membawa keluarganya tinggal di sekolah itu kerana isterinya juga seorang guru bertugas di SK Menanam, Telupid.
Sehingga berita ini ditulis, Bernama menghadapi kesukaran untuk menghubungi George kerana liputan telekomunikasi yang agak terhad di kawasan tersebut. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
George sanggup tinggal di sebuah stor sekolah sejak dipindahkan ke sekolah tersebut lebih tiga tahun lalu pada pada Jun 2020. - BERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.
Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.
Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.
Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.
Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.
Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.